Make your own free website on Tripod.com

Kampung Paya Lintah, Padang Rengas

Katalog

Lawatan Ke Bengkel Labu

Saya dilahirkan di kampung ini. Ianya bernama Kampung Paya Lintah. Asalnya merupakan perkampungan yang aktivitinya bersawah padi. Kampung ini mendapat nama daripada sebuah paya di hujung kampung di masa dahulu terdapat banyak lintah-lintah sehinggakan di setiap ceruk kampung akan ada haiwan ini. Maka dari peristiwa inilah kampung ini mendapat nama.

Artikel Tentang Kampung Paya Lintah, Sedang Dalam Penyiapan Kerja-kerja Akhir.......

Terletak kira-kira 6 km dari pekan Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak Dari segi geografi, kampung saya terletak dalam lingkungan Banjaran Bintang malah di celah-celah kawasan gunung batu iaitu Gunung Changkat Ponggeng dan Lata Batu Hampar, Paya Lintah. Kemudahan yang didapati adalah jalan raya, bas, perkhidmatan talipon, elektrik dan bekalan air. Di mana sebatang jalan raya besar merentasi di tengah-tengah perkampungan ini.

batuhampar.jpg (20395 bytes)Ada suatu yang amat menarik berkenaan kampung saya ini iaitu mempunyai sebatang sungai yang jernih bernama Sungai Chempias. Ianya sedikit sebanyak merupakan sumber alam semulajadi yang penting kepada perkampungan ini sejak dahulu lagi. Sungai ini mengalir membelah perkampungan ini kepada 2 bahagian iaitu hulu dan hilir.

Apa yang lebih menarik adalah peranannya sebagai tempat rekreasi perkelahan yang menarik untuk para pengunjung. Batu Hampar itulah gelaran yang diberi bagi kawasan perkelahan ini yang meliputi 2 kawasan salah satunya iaitu Batu Hampar tengah kawasan yang lebih menarik untuk mandi manda. Uniknya tempat ini kerana merupakan satu-satunya kawasan ikan 'Tengas' yang mudah ditemui tapi sukar untuk memancingnya.

Seperti kebanyakkan sungai di negara kita, terdapatnya sifat tidak bertanggungjawab di kalangan masyarakatnya. Perbuatan menuba ikan secara haram telah menghakis secara diam akan sumber dan fungsi sungai ini. Kaedah tidak bertanggungjawab ini mula diperkenalkan oleh sebuah keluarga di kampung ini. Bermula dari sinilah aktiviti haram tersebut didominasikan oleh keluarga berkenaan. Kini, aktiviti sedemikian telah diharamkan oleh penduduk kampung dan sepakat bahawa tidak dibenarkan oleh Ketua Kampung. Saya masih ingat lagi, tika saya bersama-sama arwah atuk pergi mengail ikan di sungai tersebut sewaktu kecil dahulu. Atuk, amat mahir mengail ikan. Lubuk mana yang tidak atuk lewati, pasti sentiasa membawa tangkapan ikan 'Tengas, Seluang, Baung, dan ikan baguh' yang banyak sungguhpun menggunakan kaedah tangkapan tradisional. Itulah atuk yang digelar 'Tak Yeh' hinggakan orang kampung di mukim buaia kenal akan atuk sebagai kaki pancing yang disegani.

Sungguhpun telah 10 tahun, atuk meninggalkan kami sekeluarga. Namun, sebagai cucu sulong pasti kenangan tersebut menjadi detik manis nostalgia hidup sebagai tatapan kemudian hari. Malah cucunya minat dan mahir mengail ikan.

zoo87.jpg (9119 bytes)Gambar di sebelah menunjukkan atuk bersama abah, adik dan saya sewaktu kami pergi berkunjung ke Zoo Taiping pada 1987.

Kini segalanya telah berlalu, kampungku kini telah membangun bersama arus pemodenan jika dahulu anak-anak muda mengayuh basikal tapi kini dengan angkuh dan bangganya mereka membelah kesunyian dan keheningan kampung bersama 'kuda tunggangan' ke sana ke sini.

Jika dahulu, aku cukup bangga akan hasil tangkapan ikan yang melimpah ruah tapi ianya tidak lagi kini. Atuk sempat melihat perubahan besar ke atas sungai kampungku. Katanya " Lihatlah sarin, jika dulu atuk boleh dapat sebesen malah ikan sebesar lengan tapi kaupun lihat...banyak mana?".

Ya inilah kesan pembangunan ke atas kampungku. Pembangunan adalah suatu yang dialu-alukan dalam mengubah kepada kehidupan yang lebih sempurna. Tapi kesan yang lain, dapat diperhati dan di buat perbandingan :-

Bukan setakat dinasour yang pupus tapi budaya, permainan tradisional, tradisi di kampungku sedikit demi sedikit hilang ditelan zaman. Kini kanak-kanak kampung beralih kepada suatu permainan yang dikatakan terkini kerana permainan tuju guli, berperang menggunakan buluh beronam, polis sentry, gasing, tuju tin, main sorok-sorok dan banyak lagi telah dikatakan suatu yang mengelikan hati bila mendengarnya.

Itulah mereka, aku katakan begini kerana aku sendiri pernah mengalaminya. Masih daku ingat, bila musim permainan polis sentry kanak-kanak kampungku akan terpecah kepada 2 kumpulan besar. Kawasan berperang hinggakan melibatkan kampung bersebelahan, meredah segala denai-denai tepian kali, menyusuri sungai hingga basah kuyup. Tapi itu semua tak menjadi masalah kepada kami, bukannya kanak-kanak zaman kini yang anggap itu semua kuno belaka.

batuampar2.jpg (7151 bytes) batu_hampar2.jpg (11145 bytes)    

Sebenarnya segala permainan di kala itu bersifat bermusim. Habis satu jenis permainan akan digantikan jenis permainan lain yang bercorak pusingan supaya kami tidak mudah merasa bosan. Namun segalanya kini hanya tinggal kenangan sahaja setiap kali aku pulang ke kampung yang hampir 9 tahun aku meninggalkannya sekejap-sekejap kerana menimba ilmu.

 

batuampar.jpg (9992 bytes)      batu_hampar3.jpg (18151 bytes)

Dari aspek pertanian pula, kampung ini adalah merupakan salah sebuah tempat pengeluar buah durian yang terbesar di Negeri Perak Darul Ridzuan yang menghasilkan kualiti buah yang bermutu tinggi bila tiba musimnya. Kebun yang dimiliki oleh penduduk kampung dibuka semasa Allahyarham Perdana Menteri Tun Abdul Razak melancarkan dasar 'Buku Hijau' sebagai mengalakkan kaum bumiputra bertani. Kini setelah hampir setengah abad, hasilnya kini dinikmati oleh penanam berkenaan termasuklah keluarga atuk saya. Malah klon Durian ada dipatenkan sebagai D-147 sempena nama kampung ini. 

Oleh yang demikian, perubahan yang diterima oleh masyarakat kampung ada yang baik dan buruknya. Akhir kata, semoga kampungku mengalami perubahan yang positif dalam menggerakkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak tinggi di samping mengekalkan adat tradisi yang baik untuk tatapan generasi akan datang. bersambung..akan datang!!!!

Ke Halaman Utama

Pengenalan Labu Sayong

Kembali

Batu Hampar

Lokasi

Produk Yang Diusahakan

Lain - Lain

Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian ( Rumah 605-7583093 ) atau ( Shahril 6012-4595687 || 6017-7889494 ) atau di alamat No.141, Kampung Paya Lintah, 33700 Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak.                                  Hebahan dan Peringatan                    Customer Services                     Katalog                            Ke Halaman Utama